UNIT 1 : BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP





1 Terdapat banyak benda di sekeliling kita.

2.Benda dikelaskan kepada benda hidup dan
   benda bukan hidup.

3. Benda hidup:



 Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda hidup juga melalui proses tumbesaran.
    








4. Benda bukan hidup :

Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.





5. Ciri-ciri benda hidup









  MEMAKAN
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Manusia dan haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
BERNAFAS
  • Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
  • Benda hidup bernafas untuk mendapatkan oksigen.
MEMBIAK
  • Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
BERGERAK
  • Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh.
  • pergerakan pertumbuhan adalah perlahan dan terhad kepada bahagian tertentu sahaja.
BERKUMUH.
  • Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan dari badan.

MENGALAMI PERTUMBUHAN
  • Pertumbuhan ialah proses PERTAMBAHAN BILANGAN SEL-SEL BADAN yang menyebabkan SAIZ DAN BERAT BADAN bertambah secara tidak terbalik.


BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN
  • Gerak balas ialah REAKSI BENDA HIDUP terhadap rangsangan atau perubahan dalam alam sekitarnya.

Video benda hidup dan benda bukan hidup



 Lembaran Kerja: 1

Tandakan (√) pada benda hidup dan (X) pada benda bukan hidup.

Lembaran Kerja: 2

Kategorikan benda hidup dan benda bukan hidup mengikut abjad.













UNIT 2 : MANUSIA



1.   Badan manusia terdiri daripada banyak bahagian.

2.   Bahagian tubuh badan manusia adalah penting untuk melakukan pelbagai aktiviti.


          




    







Klick Untuk Dengar Lagu Di Atas : -
 http://appw05.dbp.gov.my/dokumen/kssr/audio/kalau_saya_gembira.mp3



 LATIHAN 

   1. Labelkan organ-organ deria yang ada pada tubuh manusia.


2. Namakan bahagian badan digunakan dalam aktiviti di bawah:






UNIT3 : HAIWAN


      
      1.Terdapat pelbagai jenis haiwan di sekeliling kita.

  2. Ada haiwan yang hidup di sekitar kawasan rumah.
seperti arnab  tikus dan  Kucing.
            
3.     Ada haiwan yang hidup di kawasan hutan. Seperti harimau, burung dan monyet.





Video Dunia Binatang

      
       
        





                    Video Mengenal haiwan dan bunyi haiwan







Klick Untuk Dengar Lagu Di Atas : -




LATIHAN

Nama haiwan-haiwan berikut:








UNIT 4 : TUMBUHAN

 
   
      1.  Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di sekeliling kita.


2.  Sebutkan nama tumbuhan berikut:



                      
       












   



Video Nama Bahagian Pohon




    LATIHAN

  Nama bahagian-bahagian pokok